top of page
Guna Tanah BP_edited.png

PENYELIDIKAN

PROJEK BP YOK!

Bandar Batu Pahat atau Bandar Penggaram masih belum mempunyai pelan pelancongan atau kawasan jejak warisan (heritage trail) yang komprehensif seperti yang terdapat di bandar-bandar bersejarah yang lain di Malaysia. Hal ini secara tidak langsung menyukarkan pengenalpastian aset-aset sejarah dan warisan yang ada di daerah ini untuk dikongsi kepada masyarakat luar.

 

Justeru itu, projek BP Yok! diperkenalkan oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Program Impak Sosial Masyarakat (PRISM). Di bawah program ini, UTHM akan terus komited untuk menghasilkan program/projek yang membawa kesan langsung kepada masyarakat tempatan khususnya di Batu Pahat. Projek ini adalah di bawah penyelarasan bersama Pusat Hubungan Industri dan Masyarakat (ICRC) serta Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dengan dana penyelidikan yang diperuntukan oleh pihak universiti.

 

Projek impak sosial ini telah dimulakan sejak Julai 2021 untuk mendokumentasi sejarah dan warisan yang terdapat di Batu Pahat dan Pekan Parit Sulong. Idea projek ini dicetuskan oleh pasukan gerak kerja (taskforce) yang dikenali sebagai Edutourism@UTHM yang telah dibentuk di UTHM sejak tahun 2020.

​

Projek BP YOK! dibahagikan kepada 3 komponen utama iaitu Balik BP (berkaitan jejak warisan di kawasan pekan lama Batu Pahat), Layari Rio Fermoso (eko pelayaran Sungai Batu Pahat) dan Alami Parit Sulong (mengenali sejarah, budaya dan alam semulajadi sekitar Parit Sulong).

 

Pembangunan laman web ini adalah suatu usaha untuk mendokumentasi sejarah dan warisan Bandar Penggaram khasnya dan daerah Batu Pahat amnya khusus bagi mendidik generasi muda mengenai jalur budaya kawasan mereka.

 

Laman web ini adalah sebagai satu wadah untuk menggerakkan struktur kerjasama yang lebih kukuh khususnya di antara pihak berkuasa tempatan (PBT), industri, komuniti dan universiti untuk merangsang inovasi baharu di dalam bidang pelancongan, sejarah, warisan dan budaya tempatan.

Julai 2021 sehingga Mac 2022 (9 bulan)

Ketua Penyelidik / Kod Projek:

  1. Prof. Madya Ts. Dr. Seow Ta Wee (FPTP) - H996

  2. Dr. Indera Syahrul Mat Radzuan (FPTP) - H997

  3. En. Mohd Akmal Rohiat (FPTV) - H994

Tempoh Projek:

bottom of page