top of page

DEMOGRAFI BP

Bancian 2010 mencatatkan jumlah penduduk Daerah Batu Pahat ialah seramai 401,902 orang berbanding 336,509 orang pada tahun 2000 dan 295,464 orang pada tahun 1991.

 

Kadar pertumbuhan penduduk di kawasan Batu Pahat adalah sederhana dengan purata pertumbuhan 1.78% di antara tahun 2000-2010 berbanding 1991-2000 iaitu 1.45%.

 

Kadar pertumbuhan penduduk bagi tahun 2000-2010 adalah menyamai dengan kadar pertumbuhan purata negeri Johor iaitu 2.0%. Pada tahun 2015, Daerah Batu Pahat dianggarkan mempunyai jumlah penduduk seramai 422,989 orang.

Jumlah Penduduk Daerah Batu Pahat (1991-2030)

*Unjuran

Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat (2022)

Peratus Penduduk Daerah Batu Pahat Mengikut Etnik (2010)

Bumiputera
66.3%

Lain-lain
0.23%

India
1.7%

Cina
31.8%

Jumlah Populasi
401,902 orang

Sumber: Draf Rancangan Tempatan Daerah Batu Pahat 2030 (Penggantian)

Kawasan Zon Warisan di Bandar Penggaram
Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat (2022)

Peta Kawasan Pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP)
Sumber: Majlis Perbandaran Batu Pahat (2022)

Peta Profil Bandar Batu Pahat (Bandar Penggaram)
Sumber: Google Map (2022)

bottom of page