top of page

Ts. Dr. Yusmarwati Yusof

Penyelidik Bersama

Yusmarwati Yusof merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Pendidikan Teknikal dan Vokasional (FPTV), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau menerima Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia pada tahun 1997. Beliau telah melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya dan telah mendapat Ph.D. dalam bidang pendidikan teknikal dari University of East London, United Kingdom pada tahun 2010. Dr. Yusmarwati Yusof mempunyai lebih kurang 20 tahun pengalaman bekerja dalam sektor pengajian tinggi dan minatnya untuk penyelidikan dan pengajaran tidak akan pernah berakhir. Pada awal kerjayanya, beliau telah dilantik sebagai pensyarah di Politeknik Ungku Omar pada tahun 1999. Sejak Oktober 2000, beliau menyertai FPTV, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sebagai pensyarah sehinga ke hari ini. Beliau aktif dalam projek penyelidikan dan penerbitan, serta perundingan sama ada di peringkat uiversiti, mahupun kebangsaan dan antarabangsa, khususnya dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).


Minat penyelidikannya merangkumi aspek pendekatan pedagogi dan reka bentuk pengajaran dalam TVET, pembelajaran berasaskan masalah (PBL), pembangunan kompetensi, pembangunan sosial dan budaya serta pembangunan kapasiti dengan tumpuan terhadap kumpulan minoriti. Penyelidikan terkini beliau tertumpu pada pembangunan model dan rangka kerja untuk meningkatkan sosio ekonomi dalam kalangan kumpulan minoriti, dengan penekanan khusus kepada Orang Asli melalui sektor pelancongan. Minatnya terhadap pelancongan dan budaya setempat banyak memberi idea kepada pembangunan penyelidikan ini. Selain itu, beliau juga aktif dalam bidang pembinaan bangunan dan kejuruteraan awam dan merupakan jurulatih kemahiran dan vokasional yang bertauliah, dan ahli kepada Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT) dan ahli jurutera Malaysia. Sebagai sebahagian daripada komuniti, beliau percaya bahawa cara kita memahami siapa kita dan bagaimana kita berada akan membantu membentuk masyarakat yang sedang kita usahakan untuk pembangunan masa hadapan yang lebih mampan.

+607-456 4151

Ts. Dr. Yusmarwati Yusof
bottom of page