top of page

Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Sulzakimin Hj. Mohamed

Penyelidik Bersama

Sulzakimin Mohamed merupakan Profesor Madya di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pada masa ini beliau adalah Ketua Pusat Infrastruktur Lestari & Pengurusan Alam Sekitar (CSIEM). Pernah memegang jawatan sebagai Ketua Tanah dan Ukur Jabatan Pengurusan Pembinaan, FPTP, UTHM. Beliau mendapat pendidikan awal di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak dan seterusnya Diploma Ukur Tanah dari UiTM, Malaysia, B. Sc. dalam Sains Ukur & Pemetaan dari UEL, UK, M.Sc dalam Pengurusan Pembinaan dari GCU, UK dan Ph.D dari UTHM, Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman bekerja di UiTM, Politeknik, Sarawak Economic Development Corporation dan Kolej Geomatika KL dari tahun 1999 – 2006 sebelum menyertai UTHM pada tahun 2007. Beliau aktif dalam penglibatan penyelidikan dan penerbitan berkaitan ukur tanah dan pengurusan pembinaan serta dalam kajian untuk amalan pemindahan pengetahuan ke arah pembangunan mampan di mana beliau berjaya menerima geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Beliau terlibat dalam projek perundingan bersama pihak industri serta memegang beberapa jawatankuasa di dalam dan luar UTHM.

+607-453 3909

Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Sulzakimin Hj. Mohamed
bottom of page