top of page

Gs. Dr. Nor Hisham Md Saman

Penyelidik Bersama

Nor Hisham Bin Md Saman ialah Pensyarah Kanan di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Malaysia. Beliau memperolehi PhD dari Universiti Teknologi Delft, (TU Delft) Belanda pada tahun 2016 dan merupakan bekas penyelidik adjung di Universiti Minzu, China. Dr. Nor Hisham mengkhusus dalam bidang perancangan bandar dan wilayah dengan fokus kepada aspek fizikal dan sosial. Beliau mempunyai minat yang mendalam dalam teori institusi (theory of institutions) khususnya kredibility thesis yang menawarkan alternatif jawapan yang bersifat kontemporari dan lari daripada teori ortodok dan beraliran utama (orthodoxy and mainstream theories), khususnya kelompok klasikal baru (neo-classical) berkenaan andaian polisi-polisi pembangunan sedia ada. Penyelidikan dan konsultansi beliau melangkaui batasan disiplin dengan tumpuan khusus kepada hak-hak tanah, penilaian kesan alam sekitar, penilaian kesan sosial, komuniti marginal iaitu Orang Asli dan Orang Asal, bandar rendah karbon, bandar pintar, pemuliharaan dan warisan, pembangunan luar bandar dan pembangunan wilayah. Artikel beliau telah muncul dalam jurnal antarabangsa berimpak faktor (impact factor) berkategori Q1 dan Q2 seperti Journal of Peasant Studies, Sustainability, Cities, Landuse Policy dan International Review for Spatial Planning and Sustainable Development.

+605-374 2124 /+6012-478 6551

Gs. Dr. Nor Hisham Md Saman
bottom of page