top of page

Dr. Chandrashekar A/L Ramasamy

Penyelidik Bersama

Chandrashekar Ramasamy merupakan Pensyarah dalam bidang Matematik di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Beliau memperoleh B. Sc., M. Sc dan Ph. D dalam bidang Matematik dari Universiti Sains Malaysia pada 2006, 2007 dan 2012 masing-masing. Beliau aktif dalam penglibatan penyelidikan dan penerbitan dalam bidang Sains Matematik terutamanya yang memberi impak dari segi pengurusan teknologi. Beliau telah menerbitkan kajian akademik beliau di beberapa jurnal berimpak seperti Applied Mathematics and Computation, Applied Mathematics Letters, Abstract and Applied Analysis, Open Mathematics, Social Sciences dan AIP Conference Proceedings. Beliau juga telah menerima geran penyelidikan daripada Kementerian Pendidikan Malaysia dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada masa kini beliau memberi tumpuan terhadap kajian Sains Matematik yang berkaitan dengan kawasan jejak warisan di bandar Batu Pahat.

+607-453 3929

Dr. Chandrashekar A/L Ramasamy
bottom of page