Logo
Halaman ini akan menjelaskan setiap satu rekabentuk logo bagi komponen projek ini. Motif pada logo akan memudahkan pengunjung laman web untuk memahami konteks dan latar belakang projek ini.
Sejarah dan warisan budaya daerah Batu Pahat tidak kurang hebatnya. Yok balik, layari dan alami suasana Batu Pahat yang tersendiri.
Balik BP memperkenalkan kembali sejarah dan warisan budaya popular warga Batu Pahat sejak bandar ini dibuka oleh Dato' Bentara Luar, Mohd Salleh Bin Perang pada 1894.
Rekabentuk logo Jejak Warisan Batu Pahat diinspirasikan daripada bayangan gazebo ikonik yang terletak di sudut atas bumbung Bangunan Kelab Jepun Lama iaitu di Jalan Shahbandar, Batu Pahat. Ia dibina pada tahun 1925, dengan gaya senibina eklektik yang menjadi mercu tanda paling penting bagi perkhidmatan feri dan jeti yang menyeberangi laluan di Sungai Batu Pahat. Logo ini juga menampilkan elemen retro dengan tulisan hitam yang menggabungkan fon Marcellus dan Cormorant di sebelah kanan ikon berbentuk monumen. Garisan mendatar di bawah logo mewakili kempen yang berteraskan komuniti dengan matlamat untuk memperkasa warga Batu Pahat demi menghargai keunikan warisan budaya bandar pelabuhan ini.
Pengembara Portugis, Tome Pires menggelarkan Sungai Batu Pahat sebagai Rio Fermoso (sungai yang indah) melalui peta dan catatan Portugis pada kurun ke-16.
Parit Sulong merupakan pekan komuniti yang kaya dengan tarikan sejarah dan aktiviti riadah.