top of page
Layari Rio Fermoso 2.png
WhatsApp Image 2021-12-25 at 7_edited_edited.jpg

PERIGI BATU PAHAT

14

Packing for Vacation

Menurut Sejarah Melayu, asal usul nama Batu Pahat berasal dari sebuah perigi batu yang dipahat oleh tentera Siam setelah tewas dalam peperangan menyerang Melaka semasa pemerintahan Sultan Mansur Shah III (1446-1459). Askar-askar Siam ini melarikan diri dan mereka dikejar oleh Bendahara Tun Perak (Bendahara Melaka) dan pengikut-pengikutnya hingga ke Muar. Setibanya di Batu Pahat askar-askar Siam ini telah memahat batu di kawasan yang mengalirkan air sehingga menjadi sebuah perigi. Tujuannya ialah untuk mengumpul air tawar untuk keperluan mereka semasa belayar. Selepas mendapat bekalan air, askar-askar itu meneruskan perjalanan mereka melalui Singapura dan kembali ke Siam melalui Laut China Selatan. Perigi inilah yang dinamakan Perigi Batu Pahat yang terletak di Kuala Sungai Batu Pahat, iaitu di Kampung Minyak Beku. Nama bandar Batu Pahat adalah bersempena daripada peristiwa tersebut.

bottom of page