top of page
Layari Rio Fermoso 2.png
WhatsApp Image 2021-12-25 at 7_edited_edited.jpg

ZON PAYA BAKAU

13

Packing for Vacation

Zon Paya Bakau di Sungai Batu Pahat merupakan kawasan biodiversiti yang penting bagi kehidupan marin di aliran sungai bersejarah ini. Paya bakau bukan setakat menenangkan minda, malahan ia memainkan peranan penting dalam banyak aspek. Hutan bakau ialah kawasan yang mempunyai biodiversiti yang tinggi dengan banyak spesis fauna seperti monyet, ular dan memerang. Pelbagai jenis ikan, kerang, udang dan ketam membiak di sini, menjadikanya penting dari segi ekonomi. Paya bakau dapat menyerap ombak dan menenangkan arus semasa bencana alam. Jadi, ia boleh mengelak hakisan dari laut. Mereka mampu menyimpan karbon dan dengan itu bertindak secara semula jadi untuk mengurangkan kesan pemanasan global dan perubahan iklim.

bottom of page