top of page
Layari Rio Fermoso 2.png
WhatsApp Image 2021-12-25 at 7_edited_edited.jpg

GUNUNG BANANG

08

Packing for Vacation

Gunung Banang yang berketinggian 432 meter ini menjadi petunjuk penting untuk pelayar yang merentasi Selat Melaka. Kini, gunung ini amat popular bagi pada pendaki dan peminat sukan ekstrim. Disebalik pemandangan gunung ini yang megah dan memukau, ia juga dikaitkan dengan sebuah lagenda purba iaitu Puteri Gunung Banang. Legenda ini telah difilemkan menerusi tayangan filem Puteri Gunong Banang, merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Singapura pada tahun 1959. Filem ini diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna. Filem ini diarahkan oleh Dhiresh Ghosh di Malay Film Productions Ltd, Studio Jalan Ampas, Singapura pada tahun 1959 dan dibantu oleh Omar Rojik.
Dalam filem ini, seorang puteri bunian yang jelita telah membantu seorang lelaki yang tua dan hodoh menjadi muda, kacak dan kaya. Nama Gunung Banang juga dipopularkan menerusi lagu irama Melayu asli dendangan biduanita negara Sharifah Aini dan beberapa buah lagu lain yang mengiringi tarian zapin Johor.

bottom of page