top of page
Layari Rio Fermoso 2.png
WhatsApp Image 2021-12-25 at 7_edited_edited.jpg

BANGUNAN KELAB JEPUN LAMA

04

Packing for Vacation

Bangunan yang menggabungkan deretan kedai 3 tingkat ini telah dibina pada sekitar tahun 1925. Ruang di tingkat dua telah disewakan kepada Kelab Jepun sekali gus memberikan nama tidak rasmi kepada bangunan bersejarah ini. Ia menjadi tempat tumpuan ramai warga Jepun yang bekerja di sekitar Batu Pahat untuk bersosial. Pada ketika awal sebelum perang Dunia ke-II, kehadiran orang Jepun yang besar di Batu Pahat telah juga membawa sedikit sebanyak budaya Jepun ke sini kerana mereka banyak terlibat dalam industri perlombongan bijih besi dan bauksit serta ladang getah di sekitar Batu Pahat. Perhatikan rekabentuk kubah di penjuru sudut atas bumbung bangunan yang mendahului senibinanya. Mercu tanda ikonik ini memberi isyarat kepada pelayar bahawa mereka telah mendekati kawasan Bandar Penggaram. Lokasi kelab ini yang berhampiran dengan sungai amat mudah diakses oleh golongan pekerja di sini sehingga menjadikannya sangat popular dan menjadi tempat tumpuan orang ramai pada ketika itu.

bottom of page