top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1936

20

MASJID DATO' BENTARA LUAR

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Masjid Dato' Bentara Luar ini telah didirikan pada tahun 1936 dan terletak di Jalan Ampuan. Masjid ini pernah dijadikan Masjid Daerah yang utama sebelum pembinaan masjid baru selesai pada 1996 iaitu Masjid Sultan Ismail yang terletak di Taman Kenangan Dato' Onn (Pesta). Ruang utama masjid ini masih berdiri kukuh iaitu ruang solat utama di bahagian tengah masjid dengan menara yang masih digunakan sehingga kini. Reka bentuk masjid ini mencampurkan seni bina Moghul dan Inggeris, iaitu hasil pengaruh rekaan bangunan-bangunan yang dibina sezaman dengannya. Kesan-kesan reka bentuk asal masjid ini masih dapat dilihat sehingga ke hari ini terutama kubah dan menara masjid. Tingkap-tingkap dan hiasan di dalamnya jelas menampilkan rekaan di zaman kolonial.

bottom of page