1912
18
BANGUNAN MAJLIS PERBANDARAN BATU PAHAT
Bangunan Majlis Perbandaran Batu Pahat ini dibina dan mula beroperasi sebagai Lembaga Perbandaran pada tahun 1912 hingga 1951 dan kemudian bertukar nama menjadi Majlis Bandaran Bandar Penggaram dari tahun 1952 hingga 1975.Pada tahun 1976 hingga 2000, bangunan tersebut beroperasi sebagai Majlis Daerah Batu Pahat Barat dan pada tahun 2001 hingga sekarang sebagai Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Setelah memenuhi kriteria yang ditetapkan oleh Kerajaan Tempatan Malaysia dan dengan persetujuan Setiausaha Pesuruhjaya Pilihanraya, maka Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor telah bersetuju menaik taraf Majlis Daerah Batu Pahat Barat kepada Majlis Perbandaran Batu Pahat pada 1 Januari 2001. Bangunan ini masih lagi digunakan sehingga kini sebagai pejabat pentadbiran MPBP.