top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1937

16

BALAI POLIS TRAFIK

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Balai Polis Trafik ini telah didirikan pada tahun 1930an yang dahulunya merupakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. IPD ini telah dipindahkan operasinya ke balai yang baru yang terletak di Jalan Bakau Condong pada tahun 2011 dengan bangunan yang lebih moden dan futuristik. Balai Polis ini menyimpan satu peristiwa hitam bagi masyarakat di sini iaitu pada 16 Oktober 1980 pada jam 9.30 pagi, di mana berlakunya tragedi serangan ke atas Balai Polis Batu Pahat oleh pengikut ajaran sesat. Mereka mengamuk dan melibas Pegawai-pegawai Polis yang bertugas ketika itu dengan pedang. Seramai 3 Sarjan, 2 Koperal, 8 Konstabel, 6 kakitangan awam, seorang staf pejabat dan 2 orang awam tercedera. Seramai 6 orang pengikut ajaran sesat itu berjaya ditembak mati oleh pihak polis. Sejumlah 23 orang termasuk 14 anggota polis cedera parah. Salah seorang daripada mereka ialah seorang wanita yang sarat mengandung, 6 kakitangan awam Balai Polis Batu Pahat, seorang staf pejabat dan 2 orang awam yang sedang membuat laporan turut ditetak. Manakala seorang anggota polis ditetak di bahagian kepala, lengan dan juga jari. Bangunan Balai Polis Trafik kini dijadikan sebagai pusat pentadbiran Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah IPD Batu Pahat.

bottom of page