top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1994

15

TUGU BATU PAHAT & DATARAN PENGGARAM

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Tugu Batu Pahat menjadi salah satu mercu tanda ikonik bagi penduduk daerah ini di mana rekabentuknya diilhamkan daripada arca tangan yang sedang memahat batu. Tugu ini terletak di Dataran Penggaram di Jalan Rahmat dan telah dibangunkan pada tahun sekitar 1994 bersempena sambutan ulangtahun ke-100 bandar Batu Pahat yang dibuka oleh Dato' Mohd Salleh Bin Perang (Dato' Bentara Luar). Pada mulanya, kawasan ini hanyalah merupakan sebuah kawasan padang yang terdapat sebuah kolam air pancut yang penduduk di sini menggelarkannya sebagai 'fountain'. Ia menjadi tempat utama untuk sambutan acara yang besar seperti Hari Kebangsaan peringkat daerah Batu Pahat dan peringkat negeri Johor, Hari Raya, Tahun Baru Cina, konsert-konsert hiburan dan pertunjukan motor dan kereta. Ketika hari biasa, ia menjadi tarikan utama untuk bersiar-siar, berjoging dan berehat ketika waktu petang dan malam. Terdapat juga pasar malam yang mengelilingi dataran pada waktu malam. Pada tahun 2016, Dataran Penggaram telah diubahsuai dengan penambahan nama Batu Pahat daripada tulisan khat jawi dan lampu yang menarik menjadikan Dataran Penggaram berwarna warni serta dapat menambahkan lagi pengunjung yang datang ke Batu Pahat. Dataran ini sebagai manifestasi yang menggambarkan bagaimana Batu Pahat yang dahulunya sebagai sebuah penempatan yang kecil berubah menjadi pusat pembangunan bandar yang pesat di negeri Johor dengan aktiviti ekonomi seperti industri pengeluaran tekstil, peralatan elektronik, produk berasaskan makanan, industri kecil dan sederhana (IKS) serta beberapa buah institusi pengajian tinggi yang terdapat di daerah ini.

bottom of page