top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1912

14

KELAB BATU PAHAT

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Bangunan Kelab Batu Pahat terletak berhadapan dengan kawasan padang di Dataran Penggaram, Batu Pahat. Menurut catatan sejarah, bangunan asal Kelab Melayu yang didirikan di Batu Pahat ialah pada tahun 1912 , namun ia tidak berada di lokasi sekarang. Berdasarkan peta lama tahun 1930, tiada sebarang rekod jelas yang menunjukkan tarikh sebenar bangunan bersejarah ini dibina. Rekabentuk bangunan kelab ini jelas menunjukkan ciri-ciri senibina Melayu dengan serambi bertangga di pintu masuk utama bangunan kayu ini. Di bahagian dalaman, terdapat beberapa buah bilik dengan ruang utamanya berfungsi sebagai dewan yang agak luas. Bangunan kelab ini pernah disewa untuk kegunaan majlis khas, contohnya pada 27 Disember 1920, Nayo Kogyo Koshi iaitu sebuah syarikat perlombongan besi Jepun telah mengadakan majlis makan malam sempena perasmian syarikat tersebut di kelab ini.

bottom of page