top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

13

RUMAH GAYA MELAYU-ANGLO

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Masih tidak terdapat banyak maklumat yang mencatatkan sejarah binaan dan pemilik rumah agam ini secara jelas. Ia terletak di Jalan Mohd Khalid dan merupakan sebuah binaan rumah agam lama yang mempunyai nilai arkitektur dengan gabungan gaya Melayu-Anglo. Bangunan ini mempunyai keluasan tapak seluas 0.6170 ekar. Rekaan verandah, tiang, hiasan bumbung serta tangga di bahagian hadapan dan tepi bangunan menonjolkan lagi gaya senibinanya dengan perincian gerbang tingkap kaca berwarna yang menarik. Bangunan ini sedang di dalam proses pengubahsuaian dan bakal menjadi sebuah projek komersial yang bersepadu meggabungkan kafe, kiosk dan kedai butik.

bottom of page