top of page



1937
11
BALAI BOMBA & PENYELAMAT

Balai Bomba dan Penyelamat Batu Pahat merupakan di antara balai bomba yang terawal dibina di negeri Johor. Ia telah dibina pada tahun 1935. Rekabentuk bangunan bersejarah ini adalah bercirikan gaya art deco dan masih berdiri teguh sehingga kini. Mengikut catatan sejarah, bajet untuk pembinaan balai bomba di Bandar Penggaram ini telah diluluskan sebagai sebahagian daripada bajet perkhidmatan khas untuk tahun 1936 yang juga termasuk pembinaan lain yang diperlukan di Johor pada ketika itu. Sebanyak $77,000 (Straits Dollar) telah diperuntukan untuk pembinaan bangunan balai bomba ini yang telah dirasmikan pada tahun 1937.
bottom of page