top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1912

09

TOKONG TIEN HOW

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Tokong Tien How pada asalnya didirikan berhampiran Sungai Batu Pahat iaitu berdekatan dengan pasar basah Batu Pahat, sebelum ia dipindahkan ke lokasi sekarang. Di tokong ini terdapat Patung Dewa Mazu yang dibawa khas dari Wilayah Fujian, China oleh seorang yang bernama Lin Heng. Reputasi kuil ini begitu kukuh sehingga ada para penganut Dewa Mazu ini sanggup sampai ke pintu tokong ini seawal jam 12 tengah malam pada hari pertama Tahun Baru Cina untuk menyalakan batang kemenyan di dalam balang pendupa. Penganut dewa ini percaya bahawa mereka akan diberkati dengan rezeki yang melimpah-ruah. Kuil ini dimiliki oleh puak Lim melalui persatuannya, Lim Sz Chong Su yang terletak bersebelahan dengan tokong ini. Plak peringatan nama keluarga Lim juga ada ditempatkan di dalam tokong bersejarah ini.

bottom of page