top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1943

08

SURAU INDIA MUSLIM SELATAN

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Di Bandar Penggaram, pengaruh senibina India tidak banyak mempengaruhi reka bentuk bangunan di sini. Namun, Surau India Muslim Selatan merupakan salah satu binaan yang mempunyai pengaruh senibina Selatan India yang agak kuat. Ia telah dibina pada sekitar tahun 1943 (atau 1363 hijrah) seperti yang tertera di pintu gerbang surau ini. Pembinaan surau ini adalah atas usaha masyarakat India Muslim yang berasal dari Tamil Nadu di selatan India. Komuniti India Muslim ini bermazhab Hanafi dan bertutur dalam bahasa Tamil yang masih menjadi bahasa utama dalam penyampaian ceramah dan khutbah di surau ini. Masyarakat India Muslim pada ketika itu menguasai aktiviti ekonomi dengan membuka kedai-kedai di bandar ini khususnya perniagaan berkaitan rempah-ratus. Senibina Surau India Muslim Selatan ini jelas kelihatan pada 4 tiang menara (minaret) dengan kubah berbentuk potong bawang. Masyarakat India Muslim di bandar ini bergiat aktif sebagai golongan peniaga dan masih mengekalkan adat, bahasa dan corak hidup yang telah diasimilasi dengan corak kehidupan masyarakat setempat.

bottom of page