top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1930an

06

JALAN PENGGARAM

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Pada suatu ketika, jalan ini secara tidak rasmi digelar sebagai Jalan Tekstil kerana ramai pedagang daripada tanah besar China berniaga di kawasan ini. Jalan Penggaram merupakan di antara jalan tertua di bandar Batu Pahat, sejak bandar ini ditubuhkan pada 1894. Di jalan ini masih lagi berdiri deretan kedai-kedai yang dibina sekitar tahun 1930an dengan gaya seni bina electic dan art deco selain mempunyai kaki lima yang bebas halangan. Sehingga kini kedai-kedai di sini kebanyakannya masih lagi beroperasi dengan menjual barangan keperluan isi rumah seperti seragam dan kelengkapan sekolah, peralatan menjahit, kedai jam, kedai kain langsir dan cadar serta beberapa buah kedai emas dan pajak gadai yang masih beroperasi. Terdapat juga kedai-kedai yang telah membuat pengubahsuaian fasad namun kebanyakan kedai di sini masih mengekalkan penampilan rekabentuk fasad asal. Dahulunya, Jalan Penggaram pernah menjadi pusat membeli-belah utama di bandar ini sebelum peranan tersebut diambil alih oleh pasaraya yang mula didirikan pada awal tahun 1980an. Suasana Jalan Penggaram ini akan bertukar menjadi meriah terutama apabila menjelangnya malam tujuh likur (malam ke-27 Ramadan) sehingga malam Hari Raya Aidilfitri kerana ramai orang akan berbelanja di sini untuk persiapan Lebaran.

bottom of page