top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

05

TINGGALAN BALAI BOMBA LAMA

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Tinggalan Balai Bomba lama ini dikatakan telah berada di tapak ini sejak dari zaman sebelum Perang Dunia ke-2 lagi, namun tiada sebarang rekod yang mencatatkan tahun pembinaannya. Ia pernah digunakan sebagai Balai Bomba pertama di bandar ini yang kedudukannya terletak di Jalan Rugayah. Tinggalan rangka bangunan dua tingkat ini menampilkan empat buah pintu gerbang utama dengan perincian hiasan (ornamentation) fasad luaran yang sangat indah. Ia dilihat mempunyai tiang-tiang Roman 'doric' dan 'ionic' di aras bawah dan atas muka bangunan ini yang memiliki nilai senibina kolonial yang mengagumkan. Selepas berlakunya satu kejadian kebakaran yang dahsyat pada bangunan ini, operasinya telah dipindahkan ke bangunan Balai Bomba sekarang yang berada di Jalan Mohd. Khalid. Namun, disebabkan oleh faktor usia dan pengabaian, struktur bangunan ini didapati telah dituntut oleh hukum alam dan fasad hadapan bangunan ini dilihat sedikit condong ke hadapan. Tindakan pemulihan dan pemuliharaan ke atas strukturnya wajar disegerakan bagi mengelakkan bangunan ini yang bakal rebah ke bumi.

bottom of page