top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1947

04

PASAR MELAYU & RUMAH KEDAI JALAN IBRAHIM

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Pasar Melayu asalnya tidak berbumbung dan berlantaikan tanah merah serta pintu kedai-kedainya hanya ditutup dengan kepingan papan kayu. Mulai tahun 1947, barulah usaha-usaha untuk membina bumbung pada laluan masuk ke pasar ini dilakukan. Kini ia merupakan satu-satunya pasar yang masih lagi ada peniaga yang menjual songkok buatan tangan yang diwarisi. Tukang pembuat songkok di sini masih lagi menjalankan perniagaan tersebut hasil daripada peninggalan kemahiran tukang songkok Melayu yang terdahulu. Selain itu, pasar ini juga menjual pelbagai jenis kitab-kitab agama dan al-Quran dan amat popular sekitar zaman 60an sehingga 90an. Banyak sejarah dan kenangan yang disimpan oleh pasar ini khususnya oleh penduduk Batu Pahat. Kini, seiring dengan pemodenan zaman, pasar ini telah diberi nafas baru dengan penambahbaikan fasad, pengecatan lantai serta hiasan dinding (street art) yang berwarna-warni.

Kini ia seolah-olah sebuah 'Mini Venice' di tengah-tengah kesibukan pagi di Jalan Ibrahim. Dengan dikelilingi 2 bangunan lama awal 1900 yang masih mengekalkan ciri binaan asal, kawasan ini benar-benar menyerlahkan keindahan yang terlindung di situ. Terdapat juga struktur jambatan mini berwarna merah dengan arca berwarna emas di sebelah parit kecil yang mengalir di bawahnya. Tambah menarik, kesemua deretan kedai di Jalan Ibrahim ini juga telah dipulihara dan diindahkan oleh pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) pada 2021 dengan penggunaan cat berwarna emas dan putih pada setiap kedai di situ. Selain itu, penggunaan papan tanda dan tulisan teks nama kedai yang seragam di setiap premis (berwarna hitam) telah memberi kesan kualiti visual yang menarik selain membawa pengunjung ke zaman retro dengan sentuhan klasik. Lampu limpah juga telah dipasang untuk memeriahkan lagi suasana malam di kawasan bersejarah ini.

bottom of page