top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

1916

03

PASAR PAGI JALAN IBRAHIM

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Pasar pagi Jalan Ibrahim ini sangat popular bagi mereka yang ingin mencari bahan-bahan mentah untuk masakan seperti sayur-sayuran, ulam-ulaman, rempah-ratus dan pelbagai barangan runcit lain. Terdapat peniaga di bahagian pasar lambak yang menjual snek seperti kerepek, kuih bahulu dan kuih-kuih tradisional, tapai, pakaian, sehinggalah kepada haiwan peliharaan seperti ikan akuarium, burung, ayam katek, serta tikus putih. Bagi mereka yang membesar di bandar ini, pasar pagi Jalan Ibrahim sudah cukup mengembalikan nostalgia apabila anda menelusuri laluan ke pasar ini dengan deretan kaki lima kedai-kedai yang terdapat di sini. Kebanyakan kedai ini telahpun wujud sebelum Perang Dunia Ke-2 lagi di mana salah sebuah kedai di penjuru jalan ini tercatat tahun pembinaannya pada 1916. Generasi peniaga di sini adalah pewaris kepada perniagaan yang diturunkan daripada nenek-moyang mereka.

bottom of page