2018
02
PASAR AWAM BATU PAHAT
Pasar baharu ini dibuka secara rasmi pada 15 Oktober 2019. Ia menggantikan bangunan pasar lama Batu Pahat di tapak yang sama. Bangunan pasar lama telah dirobohkan pada tahun 2013 yang dahulunya mempunyai rekabentuk yang unik di mana ia mempunyai menara jam setinggi kira-kira 150 meter yang dibina pada tahun 1960an. Menara ini boleh dilihat dari setiap posisi berhampiran pasar sehingga dari kejauhan. Bangunan tapak pasar ini juga dahulunya merupakan laluan anak sungai yang dikenali sebagai Sungai Penggaram. Namun sungai lama ini tidak lagi dapat dilihat (yang tinggal hanyalah laluan saliran longkang menghala ke Sungai Batu Pahat) kerana ia telahpun dikambus bagi membolehkan pembinaan pasar di sepanjang laluannya. Kini pasar awam Batu Pahat menjadi titik tumpuan bagi aktiviti perdagangan borong dan runcit bagi memenuhi permintaan penduduk di seluruh daerah ini.