top of page

Prof. Madya Dr. Md. Asrul Nasid Masrom

Penyelidik Bersama

Md. Asrul Nasid Masrom merupakan Profesor Madya di Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM). Pada masa ini beliau adalah Timbalan Dekan (Penyelidikan, Pembangunan dan Penerbitan) dan juga Penyelidik Utama di bawah Pusat Infrastruktur Lestari & Pengurusan Alam Sekitar (CSIEM). Pendidikan dalam bidang pembinaan bermula di UTM, Skudai di mana beliau memperolehi Diploma Ukur Bahan (1997), Ijazah Sarjana Muda Bangunan (1999) dan Sarjana Pengurusan Kontrak Binaan (2007). Pada tahun 2012, beliau telah berjaya memperolehi PhD dari Queensland University of Technology (QUT), Brisbane, Australia dalam bidang Pengurusan Pembinaan. Sepanjang tempoh pengajian, beliau telah menerima beberapa anugerah antaranya QUT East West Recognition Award 2009 dan Outstanding Higher Degree Research (HDR) Student for February 2011 Awards anjuran Built Environment & Engineering Faculty, QUT.


Beliau yang mempunyai pengalaman selama 6 tahun dalam industri pembinaan sebagai Jurukur Bahan, telah diberi peluang menjalankan kajian di peringkat Pasca Doktoral di University of Melbourne pada tahun 2019-2020 yang berteraskan “Conceptualising An Innovative Community Engagement (ICE) Framework in Social Infrastructure Construction Project Development”. Kini, beliau terus bergiat aktif dalam penyelidikan yang berteraskan tahap kepuasan (teori dan praktikal), tahap kesejahteraan (happiness level), pengukuran kualiti (berdasarkan petunjuk subjektif), dan prestasi projek serta perolehan dalam pembinaan. Minat beliau yang tidak berbelah bahagi dalam bidang pengurusan pembinaan dan sains sosial telah diterjemahkan dalam penerbitan bahan-bahan ilmiah sama ada dalam bentuk jurnal, kertas prosiding, artikel akhbar dan juga pembangunan polisi-polisi kerajaan. Selain itu, beliau juga aktif dengan aktiviti-aktiviti khidmat sosial/komuniti melalui perkongsian ilmu di peringkat tempatan mahupun antarabangsa.

+607-453 3803

Prof. Madya Dr. Md. Asrul Nasid Masrom
bottom of page