top of page
BALIK BP IKON.png
IMG_20210823_142016.jpg
BP_edited.png

24

PANTAI MINYAK BEKU

Packing for Vacation
Packing for Vacation

Pantai Minyak Beku terletak kira-kira 8 kilometer dari bandar Batu Pahat dengan kedudukannya berhampiran dengan muara Sungai Batu Pahat. Kampung Minyak Beku yang terletak berhampiran Telaga Kuala ini dibuka pada tahun 1818 oleh Daeng Ahmad yang berasal dari Sulawesi, Indonesia. Oleh kerana Daend Ahmad kerap berulang-alik bertemu saudara-mara di muara ini, beliau menyedari kawasan itu sesuai untuk dibangunkan sebagai kampung dan beliau mendapat kebenaran daripada kerajaan di Temasek (Singapura) untuk membuka kawasan itu. Pada masa itu, terdapat banyak pokok keruing (dipterocarpus crinitus) di kawasan ini dan penduduk menggunakan damar daripada pokok ini untuk melapisi dinding rumah mereka. Bagaimanapun, perubahan cuaca menyebabkan resin membeku di dinding dan sukar untuk dikeluarkan. Justeru, Daeng Ahmad mencadangkan ‘Minyak Beku’ sebagai nama kampung tersebut, dan nama ini kekal sehingga ke hari ini. Pantai Minyak Beku dengan pantai dan geologinya yang berbatu dikatakan lokasi terbaik untuk menyaksikan matahari terbenam di ufuk barat dan ia menjadi tarikan orang ramai dari seluruh pelusuk daerah ini.

bottom of page